KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

1. Guest Rooms Preparation

2. Housekeeping Guest Services

3. Public Area and Facilities Maintenance

4. Guest Laundry and Linen Services

5. Housekeeping VIP Services

6. Housekeeping Quality Inspections

7. Housekeeping Inventory and Stock Control

8. Housekeeping Staff Administrations

KOLEKSI GAMBAR LAWATAN JANA IDEA

KOLEKSI GAMBAR LAWATAN JANA IDEA

LAPORAN LAWATAN JANA IDEA KURSUS ATENDAN LINEN

Tarikh : 28 April 2010
Anjuran : Panitia Atendan Linen
Pelapor : Ong Hui Fang
Laporan diterima on-line : 30-Apr-2010, masa 20:24:12

Pada 28hb April 2010 (Rabu), seramai 15 orang murid dari kursus Atendan Linen SMPK Vokasional Indahpura telah mengikuti Lawatan Jana Idea ke Pertubuhan Pemulihan Kawasan Johor (JARO) yang diketuai oleh Pn. Nooraziah Binti Razali dan diiringi oleh 3 orang guru Atendan Linen iaitu Cik. Ong Hui Fang (Ketua Panitia), En. Rostam Bin Rahmad dan Pn. Reny Rahayu Binti Mohd Razali.

Lawatan ini adalah salah satu alternatif untuk memantapkan kemahiran jahitan dalam bidang kursus Atendan Linen, kemahiran jahitan adalah salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid Atendan Linen. Lawatan ini telah meningkatkan motivasi murid untuk lebih berkeyakinan dan berketrampilan bagi menghadapi dunia pekerjaan apabila mereka melihat keupayaan rakan yang senasib dengan mereka.

Selain itu, dapat mengembangkan idea murid untuk menghasilkan produk kraftangan berasaskan fabrik. Bengkel JARO mengeluarkan kraftangan berkualiti seperti jilitan buku, jahitan dan anyaman bakul serta menyediakan perkhidmatan kepada penduduk Johor Bahru. Manakala bilik pameran JARO merupakan destinasi pelancongan. Pengurus JARO mengharapkan murid-murid dari SMPKVIP dapat membantu untuk menimba pengalaman di sana.

Selepas ke JARO kami meneruskan lawatan ke zoo dan destinasi akhir adalah Galeri Seni, Johor Bahru. Lawatan ke Zoo dan Galeri Seni dapat memberi pengetahuan kepada murid tentang budaya seni dan dan keindahan semulajadi flora dan fauna untuk diimplementasikan dalam projek kraftangan fabrik bagi memantapkan kemahiran jahitan murid. Lawatan Jana Idea ini dapat berjalan dengan lancar dan kami tiba di asrama sekolah pada jam 4.00 petang.